Sabtu, 17 Ogos 2013

Masalah Bearing honda city

Assalamualaikum

Aku nak kongsi sedikit masalah yang pernah aku alami selama aku pakai kereta Honda City Vtec 2006. Banyak aku dah servey dan google masalah bearing nie, rata- rata memang selalu bermasalah.
Tapi aku nak kongsi sedikit pengalaman aku tukar 4 kali bearing belakang dalam masa setahun. kali yang ke-4 baru lah ok.

harga bearing kalau beli kat kedai sparepart dalam lingkungan RM 80 ke RM180. tengok pada kedai, setengah kedai memang tekan kaw-kaw.

kali pertama aku tukar RM150 + upah RM 25 = 175 (dalam masa 3 bulan dah berbunyi balik)
so aku beli sendiri kat kedai sparepart RM120 + upah RM 25 =RM145 ( dalam masa 2 bulan berbunyi lagi)
aku beli lagi RM80 tokey tu kata made in japan + upah RM 25 (3 bulan bunyi lagi) kali nie lagi teruk bunyi sampai member aku follow dari belakang dengar. balik keje pegi kedai cek tengok bearing dah pecah. bijik besi tu dah tinggal 4 ketul je..
sudahnye ada pomen cakap kena tukar original. Jadi x nak benda berulang lagi aku tukar lah yang ori RM 275 + upah siap aligment dan ape2 tah total RM370..pehhh kopak...

sejak tukar original sampai la sekarang nie dah hampir dua tahun x bunyi lagi..
moralnya PAKAI LAH ORIGINAL

aku nak bagi tips macam mana nak tau bearing ORIGINAL or cap kambing..
biasa honda akan pakai brand NSK atau TNT

kat bawah nie ada gambar bearing yang original..

8 ulasan:

  1. Bunyi makin kuat ikut kelajuan

    BalasPadam
  2. T
    Kereta City 2006. Pernah juga saya tukar bearing tayar ni(blkg) ...seingat aku dahlebih 5 tahun.itu pun aku buat di Westar,MMR2,
    Ampang - sekarang dah pindah di Ulu klang.Semasa itu costnya adalah l/kurang RM1200. Puncanya bearing tersebut pecah adalah disebabkan menggunakan sport rim yang tak std/sesuai.LPs itu aku tukar rim std.honda city. tak ada masalah.
    Skrg.timbul pula masalah bearing tayar depan pula sebelah kiri,dan sedang berfikir utk repair lagi hanya tunggu masa ada kelapangan utk hantar ke workshop saja.

    BalasPadam
  3. aku baru shj tukar bearing belakang..rm160+upah(rm20)..cap ayam punya😭..brand aku lupa..pomen ckp anggaran tahan dlm setahun kot..kite tggu dan lihat hehe

    BalasPadam
  4. Saya nak tukar yg mana satuni.duit tak bràpa ada.bunyinya tak kuat sangat tapi menggangu fik
    iran

    BalasPadam